Dalam sebuah kitab ada menerangkan bahawa pada suatu hari sedang Nabi Idris A.S duduk menjahit bajunya,dengan tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali dan di tangannya ada sebiji telur lalu berkata : "Wahai Nabi Allah Idris! bolehkah Tuhan mu memasukkan dunia ini ke dalam telur yang aku pegang??" Apabila Nabi Idris mendengar kata-kata itu maka tahu kah dia bahawa lelalki itu adalah iblis.
Lalu nabi menyuruh lelaki tersebut untuk datang dekat dengan nya dan bertanyakan kembali soalan yang telah di ajukan oleh lelaki tadi.Sekali lagi lelaki(iblis) tadi bertanya kepada Nabi Idris soalan yang sama.Nabi pun menjawab "Tuhanku boleh memasukkan dunia ke mana sahaja,jangankan dalam telur,malah didalam lubang jarum yang aku pegang ini dia bileh memasukkannya."
Setelah menjawab soalan tersebut Nabi Idris dengan pantas mencucuk mata iblis dengan jarum ditangannya,lalu Iblis tadi pun berlari meninggalkan Nabi Idris dengan mata yang buta sebelah.