Cinta Tiga Segi


Sternberg telah memperkenalkan Teori Cinta Tiga Segi.Cinta tiga segi ini bukan lah bermakna  percintaan melibatkan orang ketiga.Teori ini berteraskan kepada tiga kompenan iaitu Kompenen Komitmen, Kegairahan dan keintiman




   
                                                                                                                     

Cinta ini melibat kompenan di atas,dimana setiap kompenan akan menghuraikan setiap sesuatu tujuan percintaan.


Yang pertama adalah cinta kosong atau Empty Love.Cinta ini selalunya berlaku jika seseorang itu berkahwin dengan bukan pasangan pilihan sendiri atau perkahwinan yang dirancang oleh keluarga tanpa kita kenal pasangan kita.Cinta ini akan melibatkan kompenan Komitment dan tidak melibatkan Kompenan Kegairahan dan Keintiman,kerana seseorang yang kahwin paksa hanya memberikan komitmentnya atau menjalankan tanggungjawab atau menjalankan tugas hanya sebagai isteri ataupun suami.


 Yang kedua adalah Menyukai atau Liking.Cinta ini hanya melibatkan kompenan Keintiman,dimana cinta ini berlaku bukan kerana kita ingin bersama atau ingin menjalankan hubungan  dengan dia,tetapi lebih kepada keakraban hubungan dengan erti kata lain kita lebih suka melihat cara dia berjalan,melihat penampilan atau sebagainya.Tetapi kita tidak ingin memberikan komitment atau dalam bahasa mudah”teman tapi mesra”.


Yang ketiga adalah Infatuation atau cinta berahi.Hubungan yang berkait rapat dengan kompenen keghairahan ini selalunya tidak akan berpanjangan,kerana pasangan cinta ini hanya mengingikan pemuasan nafsu seks.Apabila matlamat tercapai  mereka akan meninggalkan pasangannya.


Yang terakhir adalah Consummate Love atau Cinta Sejati,cinta ini melibatkan ketiga-tiga kompenan iaitu komitment,keintiman dan keghairahan.Cinta sejati ini yang anda boleh lihat di sekeliling anda atau pun anda lihat datuk dan nenek anda,mereka telah hidup bersama-sama berpuluh-puluh tahun.Ini menunjukkan cinta yang suci atau cinta sejati yang di impikan oleh setiap individu