Cinta Tiga Segi


Sternberg telah memperkenalkan Teori Cinta Tiga Segi.Cinta tiga segi ini bukan lah bermakna  percintaan melibatkan orang ketiga.Teori ini berteraskan kepada tiga kompenan iaitu Kompenen Komitmen, Kegairahan dan keintiman




   
                                                                                                                     

Cinta ini melibat kompenan di atas,dimana setiap kompenan akan menghuraikan setiap sesuatu tujuan percintaan.


Yang pertama adalah cinta kosong atau Empty Love.Cinta ini selalunya berlaku jika seseorang itu berkahwin dengan bukan pasangan pilihan sendiri atau perkahwinan yang dirancang oleh keluarga tanpa kita kenal pasangan kita.Cinta ini akan melibatkan kompenan Komitment dan tidak melibatkan Kompenan Kegairahan dan Keintiman,kerana seseorang yang kahwin paksa hanya memberikan komitmentnya atau menjalankan tanggungjawab atau menjalankan tugas hanya sebagai isteri ataupun suami.


 Yang kedua adalah Menyukai atau Liking.Cinta ini hanya melibatkan kompenan Keintiman,dimana cinta ini berlaku bukan kerana kita ingin bersama atau ingin menjalankan hubungan  dengan dia,tetapi lebih kepada keakraban hubungan dengan erti kata lain kita lebih suka melihat cara dia berjalan,melihat penampilan atau sebagainya.Tetapi kita tidak ingin memberikan komitment atau dalam bahasa mudah”teman tapi mesra”.


Yang ketiga adalah Infatuation atau cinta berahi.Hubungan yang berkait rapat dengan kompenen keghairahan ini selalunya tidak akan berpanjangan,kerana pasangan cinta ini hanya mengingikan pemuasan nafsu seks.Apabila matlamat tercapai  mereka akan meninggalkan pasangannya.


Yang terakhir adalah Consummate Love atau Cinta Sejati,cinta ini melibatkan ketiga-tiga kompenan iaitu komitment,keintiman dan keghairahan.Cinta sejati ini yang anda boleh lihat di sekeliling anda atau pun anda lihat datuk dan nenek anda,mereka telah hidup bersama-sama berpuluh-puluh tahun.Ini menunjukkan cinta yang suci atau cinta sejati yang di impikan oleh setiap individu

Nasihat dari Kitab Taurat


Wahab bin Munabbih berkata bahawa ada tertulis didalam kitab Taurat (naihat di bawah)

Siapa yang telah membuat bekal di atas dunia,selamatlah dia dari seksaan Allah pada hari kiamat

Siapa yang telah meninggalkan sifat iri hati,maka dia menjadi orang yang terpuji pada hari kiamat di kalangan mahkluk.

Siapa yang tidak cinta kepada kedudukan yang tinggi maka dia menjadi mulia disisi Allah di hari kiamat.

Orang yang pertama akan dihukum oleh Allah di hari kiamat

Rasulullah S.A.W telah bersabda : Pada hari kiamat Allah akan menghukum semua makhluk.Golongan yang pertama di panggil ialah orang yg mengerti akan Al-quran,allah akan bertanya kepada mereka yg pandai tentang al-quran "Bukankah aku telah mengajarkan kepada kamu apa yang aku turunkan kepada Utusan?".Orang yang pandai membaca Al-quran menjawab"benar ya tuhan."Berkata Allah lagi :"Apa yang kau buat terhadap apa yg kau ketahui itu.?" berkata org yang pandai Al-quran itu ;"aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjanya di waktu siang".Allah berfirman :'Kamu berdusta".malaikat juga mengatakan orang itu berdusta.Sebab dia hanya mahu disebut 'qari' dan 'qariah"

Kemudian dipanggil pula org yg mati fisabilillah,lalu ditanya oleh Allah ;"kenapa kamu terbunuh.?."jawab org itu : "aku telah berperang sehingga mati untukmenegakkan agamamu." lalu Allah berfirman : "kamu berdusta".Malaikat juga berkata demikian.Kemudian Allah berfirman lagi : "kamu hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu juga sudah disebut demikian."

lalu dipanggil org yang kaya,Allah bertanya kepadanya :"apakah kamu buat terhadap harta yang aku berikan kepada mu?".org itu berkata : "Aku gunakan untuk membantu kaum keluargaku dan aku juga bersedekah".Kemudian Allah berfirman"kamu berdusta"' Malaikat juga berkata demikian .Allah berfirman lagi"kamu hanya ingin disebut dermawan dan juga telah dikenali sedemikian"




Sumber : Himpunan Kisah-kisah Teladan 2

Kisah Sayang Allah Pada Hambanya

Abu Hurairah r.a katanya Nabi S.A.W bersabda "Allah s.w.t berfirman yang bermaksud
:"Aku tidak (akan mematikan hambaku di dunia ini atau) mengeluarkan hambaku atau mengurangi kejahilan amalnya dengan penyakit dalam tubuhnya atau menyempitkan rezekinya atau dengan musibah yang penuh dengan kegelisahan.
Kalau kejahilannya masih ada lagi pada dirinya,maka aku beratkan di waktu ketika hendak matinya sehingga dia berjumpa aku dengan tidak ada lagi kejahilannya.
Demi kemuliaan dan keagunganku,aku tidak akan mengeluarkan seorang pun hamba-hambaku dan aku tidak akan mengampuninya melainkan aku menepati seluruh kebajikan yang dikerjakan di waktu sihat badannya dan dia merasa gembira dari apa yang diterimya dan lapangan rezekinya..

Kisah Nabi Idris menikam mata iblis

Dalam sebuah kitab ada menerangkan bahawa pada suatu hari sedang Nabi Idris A.S duduk menjahit bajunya,dengan tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali dan di tangannya ada sebiji telur  lalu berkata  : "Wahai Nabi Allah Idris! bolehkah Tuhan mu memasukkan dunia ini ke dalam telur yang aku pegang??" Apabila Nabi Idris mendengar kata-kata itu maka tahu kah dia bahawa lelalki itu adalah iblis.

Lalu nabi menyuruh lelaki tersebut untuk datang dekat dengan nya dan bertanyakan kembali soalan yang telah di ajukan oleh lelaki tadi.Sekali lagi lelaki(iblis) tadi bertanya kepada Nabi Idris soalan yang sama.Nabi pun menjawab "Tuhanku boleh memasukkan dunia ke mana sahaja,jangankan dalam telur,malah didalam lubang jarum yang aku pegang ini dia bileh memasukkannya."

Setelah menjawab soalan tersebut Nabi Idris dengan pantas mencucuk mata iblis dengan jarum ditangannya,lalu Iblis tadi pun berlari meninggalkan Nabi Idris dengan mata yang buta sebelah.