Otak oh Otak..!!






Otak lelaki and otak wanita...mcm ni lah...Hebat x??? sbb itu lah kalau bab 18SX lelaki lebih hebat dan lebih cepat berbanding perempuan.Manakala perempuan pula lebih gemar kepada kebendaan untuk penampilan diri sendiri.Orang perempuan cukup jaga gaya pemakaian atau penampilan dirinya berbanding lelaki.Sebab itu lah wanita suka ikut tren,sehinggakan ada yg pakai baju and seluar seperti telanjang (sesetengah bukan semua)...Oleh sebab itu,kes2 rogol sekarang makin meningkat atau pun kes2 menjadi suka rela untuk dirogol atau merogol diri sendiri semakin meningkat....so, dalam hal ini ya saudara,saper yg patut disalahkan??kaum adam yg selalu mengejar  nafsu???atau  kaum wanita???emmm....dalam hal ini tiada saper yg perlu disalahkan...kita perlu menilai diri kita sendiri dan kembali kepada ajaran ISLAM sebenar...Kerna itu lah jalan yg terbaik..

bagi kaum adam yang belum mempunyai pasangan dan sedang cuba mencari pasangan or dah ada pasangan...satu tips untuk anda..Kalau nk pikat hati isteri or gf atau kawan perempuan...cuba lah bg hadiah...hadianya pulak bukan lah bgi barang yg berharga..bagikan diorang COKLAT (CHOCOLATE)..kerana wanita lebih gemar kepada benda tu (COKLAT)...Walaupun pasangan anda kata " x nk ah..nnti gemuk"..tapi dalam hatinya.."sukanya-sukanya,x kan bagi ni jer bagilah banyak lagi"...dia nk cover jer tu...heee

Hanya pandangan saya..tidak ada kene-mengena dengan saper2...tapi yg tips tu btul..hee..selamat beramal.!!!

Cinta Tiga Segi


Sternberg telah memperkenalkan Teori Cinta Tiga Segi.Cinta tiga segi ini bukan lah bermakna  percintaan melibatkan orang ketiga.Teori ini berteraskan kepada tiga kompenan iaitu Kompenen Komitmen, Kegairahan dan keintiman




   
                                                                                                                     

Cinta ini melibat kompenan di atas,dimana setiap kompenan akan menghuraikan setiap sesuatu tujuan percintaan.


Yang pertama adalah cinta kosong atau Empty Love.Cinta ini selalunya berlaku jika seseorang itu berkahwin dengan bukan pasangan pilihan sendiri atau perkahwinan yang dirancang oleh keluarga tanpa kita kenal pasangan kita.Cinta ini akan melibatkan kompenan Komitment dan tidak melibatkan Kompenan Kegairahan dan Keintiman,kerana seseorang yang kahwin paksa hanya memberikan komitmentnya atau menjalankan tanggungjawab atau menjalankan tugas hanya sebagai isteri ataupun suami.


 Yang kedua adalah Menyukai atau Liking.Cinta ini hanya melibatkan kompenan Keintiman,dimana cinta ini berlaku bukan kerana kita ingin bersama atau ingin menjalankan hubungan  dengan dia,tetapi lebih kepada keakraban hubungan dengan erti kata lain kita lebih suka melihat cara dia berjalan,melihat penampilan atau sebagainya.Tetapi kita tidak ingin memberikan komitment atau dalam bahasa mudah”teman tapi mesra”.


Yang ketiga adalah Infatuation atau cinta berahi.Hubungan yang berkait rapat dengan kompenen keghairahan ini selalunya tidak akan berpanjangan,kerana pasangan cinta ini hanya mengingikan pemuasan nafsu seks.Apabila matlamat tercapai  mereka akan meninggalkan pasangannya.


Yang terakhir adalah Consummate Love atau Cinta Sejati,cinta ini melibatkan ketiga-tiga kompenan iaitu komitment,keintiman dan keghairahan.Cinta sejati ini yang anda boleh lihat di sekeliling anda atau pun anda lihat datuk dan nenek anda,mereka telah hidup bersama-sama berpuluh-puluh tahun.Ini menunjukkan cinta yang suci atau cinta sejati yang di impikan oleh setiap individu

Nasihat dari Kitab Taurat


Wahab bin Munabbih berkata bahawa ada tertulis didalam kitab Taurat (naihat di bawah)

Siapa yang telah membuat bekal di atas dunia,selamatlah dia dari seksaan Allah pada hari kiamat

Siapa yang telah meninggalkan sifat iri hati,maka dia menjadi orang yang terpuji pada hari kiamat di kalangan mahkluk.

Siapa yang tidak cinta kepada kedudukan yang tinggi maka dia menjadi mulia disisi Allah di hari kiamat.

Orang yang pertama akan dihukum oleh Allah di hari kiamat

Rasulullah S.A.W telah bersabda : Pada hari kiamat Allah akan menghukum semua makhluk.Golongan yang pertama di panggil ialah orang yg mengerti akan Al-quran,allah akan bertanya kepada mereka yg pandai tentang al-quran "Bukankah aku telah mengajarkan kepada kamu apa yang aku turunkan kepada Utusan?".Orang yang pandai membaca Al-quran menjawab"benar ya tuhan."Berkata Allah lagi :"Apa yang kau buat terhadap apa yg kau ketahui itu.?" berkata org yang pandai Al-quran itu ;"aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjanya di waktu siang".Allah berfirman :'Kamu berdusta".malaikat juga mengatakan orang itu berdusta.Sebab dia hanya mahu disebut 'qari' dan 'qariah"

Kemudian dipanggil pula org yg mati fisabilillah,lalu ditanya oleh Allah ;"kenapa kamu terbunuh.?."jawab org itu : "aku telah berperang sehingga mati untukmenegakkan agamamu." lalu Allah berfirman : "kamu berdusta".Malaikat juga berkata demikian.Kemudian Allah berfirman lagi : "kamu hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu juga sudah disebut demikian."

lalu dipanggil org yang kaya,Allah bertanya kepadanya :"apakah kamu buat terhadap harta yang aku berikan kepada mu?".org itu berkata : "Aku gunakan untuk membantu kaum keluargaku dan aku juga bersedekah".Kemudian Allah berfirman"kamu berdusta"' Malaikat juga berkata demikian .Allah berfirman lagi"kamu hanya ingin disebut dermawan dan juga telah dikenali sedemikian"




Sumber : Himpunan Kisah-kisah Teladan 2

Kisah Sayang Allah Pada Hambanya

Abu Hurairah r.a katanya Nabi S.A.W bersabda "Allah s.w.t berfirman yang bermaksud
:"Aku tidak (akan mematikan hambaku di dunia ini atau) mengeluarkan hambaku atau mengurangi kejahilan amalnya dengan penyakit dalam tubuhnya atau menyempitkan rezekinya atau dengan musibah yang penuh dengan kegelisahan.
Kalau kejahilannya masih ada lagi pada dirinya,maka aku beratkan di waktu ketika hendak matinya sehingga dia berjumpa aku dengan tidak ada lagi kejahilannya.
Demi kemuliaan dan keagunganku,aku tidak akan mengeluarkan seorang pun hamba-hambaku dan aku tidak akan mengampuninya melainkan aku menepati seluruh kebajikan yang dikerjakan di waktu sihat badannya dan dia merasa gembira dari apa yang diterimya dan lapangan rezekinya..

Kisah Nabi Idris menikam mata iblis

Dalam sebuah kitab ada menerangkan bahawa pada suatu hari sedang Nabi Idris A.S duduk menjahit bajunya,dengan tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali dan di tangannya ada sebiji telur  lalu berkata  : "Wahai Nabi Allah Idris! bolehkah Tuhan mu memasukkan dunia ini ke dalam telur yang aku pegang??" Apabila Nabi Idris mendengar kata-kata itu maka tahu kah dia bahawa lelalki itu adalah iblis.

Lalu nabi menyuruh lelaki tersebut untuk datang dekat dengan nya dan bertanyakan kembali soalan yang telah di ajukan oleh lelaki tadi.Sekali lagi lelaki(iblis) tadi bertanya kepada Nabi Idris soalan yang sama.Nabi pun menjawab "Tuhanku boleh memasukkan dunia ke mana sahaja,jangankan dalam telur,malah didalam lubang jarum yang aku pegang ini dia bileh memasukkannya."

Setelah menjawab soalan tersebut Nabi Idris dengan pantas mencucuk mata iblis dengan jarum ditangannya,lalu Iblis tadi pun berlari meninggalkan Nabi Idris dengan mata yang buta sebelah.
Seorang wanita di ibarat sesuatu yg sangat berharga..kerana mereka lah yg akan menghasil kan generasi selepas kita..jika seseorang wanita itu rosak..maka rosak lah sesebuah masyarakat..Para wanita sekalian jganlah anda merasa beban dengan tuntutan yg telah diberikan oleh ALLAH dan Kekasihnya MUHAMMAD..kerna setiap yg di tuntutnya ada hikmahnya...wanita sangat mudah untuk masuk syurga ALLAH yg mempunyai pelbagai nikmat berbanding lelaki..Para lelaki pula jgan lah kita merosakkan kan mereka..kita perlu menjaga mereka...kerna mereka adalah insan yg sangat lemah..dan senang untuk di pengaruhi..Mari lah kita sama-sama menjaga antara satu sama lain..saling nasihat menasihati..
Salam....aku ada satu kisah pasal ABAH kesayangan aku...abah aku adalah sorang Guru...abah aku ni seorang yang baik..maka x hairanlah ramai org kat kmpung aku amat mengenali dia...apa yg pernah di ceritakan oleh UMI aku...masa tu abah aku hanya ada motosikal..di atas motosikal tu lah aku,abg dan kakak aku di besarkan....kami kemana pun hanya manaiki motosikal tu je..abah aku  ingin membeli sebuah kereta walaupun kereta itu tidak lah mewah..ye lah family pun dah bertambah...abah aku mula mencari kereta terpakai sesuai dengan pendapatan abah aku yang serdahana...di pendekkan citer...ada kwan kepada kwan bapak aku bersama-sama 2 org lagi kwannya tu datang kerumah aku nk jual kete dia...then dia bawak bapak aku jalan2 ngan kete tu untuk mencuba kete yg hendak dijual...kwan abah aku kata lau nk beli kete ni...bg depoit sebagai sebanyak RM300...bapak aku bg lah duit tu sebagai tanda ingin membeli kete tersebut...sampai skrang kwan abah buat x tahu jer...kete entah ke mana duit pun entah kemana...tapi aper yg aku kagum ngan abah aku dia leh sabar dengan aper yg terjadi...dia cakap kat aku...biarlah dah tu rezeki dia nk buat mcm mana,,,nanti kita leh cari kete lain...kwan abah aku tu memang muka x malu walau blh di katakan kerap kali jumpa dengan abah aku,diorang blh buat x tahu jer...lau korang kene mcm abah aku mcm mana????RM300 bukan sikit bro...gaji abah aku dulu hanya satu ribu lebih jer bro...nak tanggung anak bini lagi... lau korang kene mcm mana???? sbb tu smpai skarang aku jadikan abah aku sbagai Role model kerana dalam setiap situasi beliau akan tenang and sabar jer..... luv u ABAH..... ni baru satu..ada bnyak lg yg akan aku kongsikan...
 (HANYA INGIN MELUAHKAN PERASAAN)


Selamat datang...kepada kwn2...maaf lah...blog sy berselerak sikit...x kemas g...lg pun bru jer je buka...blog ni baru berusia 3 jam jika anda tengah baca ini..huhu..ape2 tlng bagi tunjuk ajar ya..huhu